Defendan..

02 June 2012

..iLMu LuaR BuKu & NoSTaLGia DuLu-DuLu..

Hellllllloooo korang yang tengah kembung perut makan nasi minyak sekalian.. Banyak kenduri kawen hari ni?

Memandangkan minggu lepas sayer spent time dengan keluarga sendiri, minggu ni sayer kena luangkan sedikit masa yang ada bersama keluarga angkat pulak.. Korang ingat lagi tak family outing yang sayer penah cerita dulu??
Yes, di situ la plot penceritaan sayer bermula.. Sebenarnya sayer dan Cik Rumet langkah kanan jugak la, sebab hari yang kitorang pegi tu kebetulan ada majlis tahlil selang beberapa buah rumah je dari rumah Mak Yang..
Mak Yang ni excited siket orangnya, habis semua sepupu sepapat dia kenalkan kitorang.. Dan ada jugak penduduk kampung tu yang masih ingat dengan makhluk Allah ni.. Terharu la jugak sebab dorang tak lupa dengan manusia pemalu ni.. Tapi bila difikirkan memang logik jugak dorang ni ingat sayer, event kitorang la yang first time datang ke kampung tu..
Ok, tak jadi nak touching..

Malam tu kaw-kaw sayer tidur sebab besok pagi Mak Yang cakap kitorang kena tolong merewang kat rumah Mak Intan, caterer kat kampung tu.. Biasa la, cuti sekolah kan musim kenduri kawen..
Seperti yang dirancang, pagi-pagi lagi kitorang dah sampai ke rumah Mak Intan, nak tolong Mak Intan siapkan makanan untuk pengantin.. Kena potong carrot, potong nenas, potong tomato, kacau-kacau kuali bla bla bla.. Tetiba teringat zaman dulu-dulu masa arwah tokwan masih ada.. Zaman dulu, merewang ni perkara lazim bagi masyarakat kita.. Ramai orang datang tolong, tapi sekarang nak merewang pun kat tempat caterer buat kerja je.. Tu pun merewang untuk dapatkan upah..
Tapi, ok jugak la kan, kalau gotong-royong pun manambahkan sampah kat rumah pun tak best jugak.. Better guna khidmat catering.. Sampah pun tak banyak.. Kengkadang tak suka majlis keramaian ni sebab sampah ar.. Tak ramai yang ada kesedaran buruknya perangai buang sampah merata-rata..

suasana merewang di rumah Mak Intan..
ni la Mak Intan..
Oh, dah terkeluar topik..

Lepas je kitorang siap potong-memotong, sayer diberi tugas untuk menghias udang goreng.. Hiasan tu sayer rasa dah jarang-jarang dah orang buat, tapi takpe la nanti kalau lawan akak yang in-charge bahagian tu karang, derhaka pulak, ye dak.. Lagipun sayer tak pernah lagi buat kerja-kerja menghias ni.. So, follow je la apa yang dorang buat.. But, my decoration was not bad la.. ok apa for the first time.. Sangat exclusive untuk dikongsi..

gambar mahal ni..
Siap je kerja menghias, kitorang pegi pulak ke rumah penghulu kampung, kalau orang Perak dorang panggil Tok Sidang je..
Tanya-tanya khabar siket pastu kitorang pegi rumah besan Mak Yang.. Sekampung je dorang ni.. Mak Yang baru je dapat cucu kembar.. Memandangkan sayer tak pandai nak handle bebudak ni, sayer cuma amek gambar je ar.. 

Dari kiri cepat jalan, eh! dari kiri Mak Yang, Awatif, Aimi, Cik Rumet..
Then, baru laa kitorang balik untuk transform ke pakaian yang lebih proper untuk ke majlis perkahwinan yang lagi satu, bukan tempat yang tempah catering tadi tu..
Makanan dier ok la, mengingatkan sayer yang dah bertahun tak pergi kenduri rumah orang..
And again kitorang dikenalkan lagi kepada beberapa penduduk kampung kat situ oleh Mak Yang..



Lepas habis je salam-salam, say hi.. Kitorang melawat pulak adik Mak Yang..
Hari tu pegi bulan puasa, kali ni pegi dia goreng keropok sayur dengan air honeydew.. Cepat pulak air tu sayer minum, gelas bocor rasanya..

Sembang-sembang siket, kitorang dah kena say good-bye dekat Mak Yang.. Bukan apa, balik lewat karang jammed pulak kat jalan.. Insya-Allah bulan puasa nanti sayer akan adakan 4th visit kat tempat tu..

bye-bye.. 

01 June 2012

..LiMiTeD TiME, uNLiMiTeD aCTiViTies..


Hellllllllllllo remaja remaji yang sibuk membesar sekalian!!

Korang perasan x hidup kita ni makin lama makin jauh dengan keluarga..? Ok kalau korang belum perasan, dalam masa sebulan, berapa jam korang luangkan masa untuk family korang?
Tu baru keluarga sendiri.. Dengan mak ayah korang, dengan abang, kakak, adik korang.. Belum lagi masuk skop yang lebih besar, datuk, nenek, sedara mara, sepupu sepapat korang.. Kalau ye pun nak jumpa hari raya je.. Tu pun tak semua datang berkumpul..
Dan yang paling dasyat bila bersentuh bahu dekat luar pun boleh tak perasan yang orang tu sedara korang..
Ahemm..

Baru-baru ni sayer ada hangout dengan sepupu yang boleh dikatakan paling rapat la kalau nak dibandingkan dengan sepupu-sepupu lain..

kami generasi 90-an, kecuali yang kiri..
Dari kecik kitorang bertiga.. Baju raya selalunya sedondon, baju tidur pun sepesen, minat pun lebih kurang sama.. Tapi obsession level je berbeza.. Dan yang paling penting citarasa lelaki idaman tu mesti tak boleh sama, kalau tak,, habis…

Memandangkan masa terhad, kitorang cuba compresskan aktiviti yang ada..
First sekali, kitorang join Pertandingan Kucing Tercomel di Jerai Plaza dan Ashiee adalah representative untuk pertandingan tu.. And as what we expected, Ashiee kalah ditangan kucing kampung bernama Abang.. Hurghh what a shame..


Anugerah Kucing pandai Berlakon bole la menang ni.. 
Then, kitorang sama-sama siapkan makan tengahari dengan hidangan yang paling simple, Mary buat coleslaw dan ayam goreng, Nana buat air dan sayer buat-buat tak tauU waktu makan tengahari dah nak habis..At the end, kitorang end up makan nasi goreng ayam dan mee goreng je.. Sambil-sambil tu kitorang celebrate birthday Alyaa’ di rumah sayer dalam suasana biasa-biasa sebab mak sayer pun kurang sihat waktu tu..

Aktiviti biasa-biasa, tapi bermakna..


19 May 2012

..MaSiHKaH aDa PeLuaNG KeDua??..


“Inikah caramu membalas cintaku, kau nodai cinta yang ku beri, kau lukai sayangku untukmu.. Teganya kau menari di atas tangisanku.. Kau permainkanku sesuka hatimu..
Sudah!!
Sudah cukup cukup sudah.. Cukup sampai disini saja.. Cintaku kau balas dengan dusta..  Telah berulangkali aku cuba mengalah.. Ternyata sabarku tak bererti untukmu.. Daripada batin tersiksa, lebih baik ku pergi saja..
Ini yang kau mahu, bukan?”

tumblr love quotes

Dah bertahun berlalu..
Masih terngiang-ngiang butir bicaramu dalam kotak fikiranku..
Sungguh..
Aku tak dapat lupakanmu.. Kau membisik, kau memanggil, kau cuba mengheretku ke ruang fantasi.. Bicaramu menggoda sehinggakan aku buta dan percaya setiap ungkapan bibirmu.. Wahai si pemukau cinta..

Berjanjiku di suatu ketika bahawa aku takkan menduakanmu dan aku takkan biar sesiapa cuba memisahkan kita.. Tapi ternyata, perjalanan ini tidak semudah yang kutafsirkan.. Jalannya beribu, durinya berliku.. 
Maafkan aku,
Aku musnahkan segala harapan yang diberikan..
Maafkan aku,
Bukan niatku untuk melakukannya..
Aku rapuh menanti ditewas dugaan.. 

Aku merenung ke luar tingkap, memikirkan masa aku yang kian singkat, mengenangkan usia yang meningkat, mengenang dosa-dosa yang telah ku buat..  Terkenang masa jahilku.. Dulu geli hati pernah ku ingati, yang dahulu manis kini aku rasa basi.. 
Ramai perempuan cantik sana sini..
Bercinta, bermesra, hingga pukul 2 3 4 5 pagi.. Walaupun malam makin tua tapi aku masih muda lagi.. Bukan kau sorang, malah beribu lagi.. Tak heran ada yang lain-lain, macam baju tukar laju aku biarkan kau menangis..
Tapi aku bukan, lelaki itu lagi,
Benar ku tak bohong, aku harap kau pandai menilai diri ini..
Menyesal aku putuskan kamu.. Takkan mudah ku lepaskan kamu.. Menyesal aku curangi kamu.. Aduh, aduh tolong aku!! Aku tak tahan kuatnya cintamu!



Kini aku sedar, dirimu umpama purnama yang hilang cahaya dimamah gerhana kian terbenam di lubuk gelita dan terbiar dirimu dicengkam derita..

p/s: Touched? Ohh tak payah... Combine lirik je..

credits to Mirwana, Nirwana Band, Devotees

15 May 2012

..[comment respond] LuDuS vs PRaGMa LoVeR..


Semalam lepas balik dari Zoo Taiping, sayer terus tidur sebab terlalu letih.. Bangun pagi baru boleh check blog.. Dan ada satu comment yang sayer rasa berminat untuk jawab...

"heyy mumu. i like so much ur post bout mncari cinta sempurna. im mostly like ludus lover. its me. hmmmm,but i thought tht i hve to chnge laaa. i dont noe how. bole x klu awk tjukkn care nye cmne eh? coz ryt now,i will lose my pragma lover!! sy xnk hilang dy. sbb dy sngt2 brkualiti utk sy. mumu...help mee please!!" -xfaNiEDax


First of all, sayer tak jawab comment ni kepada xfaNiEDax je, tapi kepada seeemua yang ada masalah yang sama.. Dan ini last warning yang pertama..
Sayer bukan Ir. Cinta, bila sayer luahkan pendapat peribadi sayer, mungkin ada yang terasa, pasti ada yang terluka  dan ada jugak yang merana.. So, please.. Kalau hati korang tak kuat tolong jangan baca..

Daripada soalan tadi sayer dapat imagine that one party is more to ludus lover and another one is a pragma lover..
But wait!!
Macamana korang boleh kategorikan partner korang macamtu je?
Logically, our brain is the most outstanding organ.. It's works for 24 hours, 365 days right after your birth until you fall in love.. (quote)
Once bila korang dah sukakan orang, korang terima je baik buruk dia..
Tak pecaya?
Ok, here's the proof..
Duluu korang gila-gila tak suka lelaki hisap rokok.. Japgi korang dapat tauU boyfriend korang hisap rokok, then korang terus tukar pendirian korang yang hisap rokok tu adalah cool..
See!!!!
Tu bab rokok, ada je contoh lain-lain lagi..

So, sangatla tak proper bagi sayer untuk korang kategorikan what type of lover is your partner sebab korang dah dipukau dengan cinta..
It's oooooooook la kalau nak cakap yang partner korang tu bertanggungjawab, hormat orang tua, tawaduk, tak keluar dating masa solat Jumaat..
Tapi yeke si dia dah pun dalam kategori pragma lover?
Yang sangat komited dan bertanggungjawab dalam hubungan bukan bealaskan cinta semata??
Are you serious?
If yes, I give a big hand for him..
Pragma lover,,,,,,,, dia akan cari jalan untuk cepat kawin..
Siang malam overtime kerja
Laman facebook nda sempat buka
Simpat duit sampai perut kempis
Kalau dah cukup boleh renjis-renjis..
Tapi kalau si dia rasa dia masih muda masih ada masa jangan la cari yang macam dia, nanti menyesal tiada guna..

Alright, tak kisah la partner korang macamana.. Tapi macamana sebenarnya nak handle hubungan korang kalau sorang main-main sorang lagi serious?

Getting serious..
Again, ini ialah last warning yang kedua.. Tiada ketiga....
Sayer bukan Ir. Cinta, bila sayer luahkan pendapat peribadi sayer, mungkin ada yang terasa, pasti ada yang terluka  dan ada jugak yang merana.. So, please.. Kalau hati korang makin lemah tolong jangan teruskan membaca..

Ada dua solusi kalau korang berhadapan dengan situasi ni..

Kalau rasa diri korang sangat player, masih recruiting for the best one, mungkin korang tak layak untuk dia..
Wait!
Itu bukan undur diri, tapi belum bersedia..
Kalau si dia sanggup tunngu, it's ok.. Tapi jangan terlalu mengharap kalau tak nanti korang akan jadi macam Angelique Bouchard dalam cerita Dark Shadow, sanggup membunuh kerana cinta..

Tapi, kalau korang dah rasa you suit him/her.. Tinggalkan je laa perangai player korang.. Tak salah nak bersosial.. Tapi bukan semua orang korang jadikan sebagai boyfriend/girlfriend korang.. Ingat, kumbang yang hebat hanya untuk bunga yang mekar..
Go for it! Buat persediaan untuk kawen..
Sama-sama siang malam overtime kerja
Sama-sama tak sempat lagha dalam laman facebook
Sama-sama simpan duit
Nanti cepat boleh renjis-renjis..

Semut pun nak cepat kawen..



14 May 2012

..GiRLs DaY ouT..

Berhari-hari korang stay up, study, study dan study untuk final exam..
Start dari jam 9 pagi sampai la jam 12 tengahari korang transfer apa yang ada dalam otak korang ke dalam answer book yang mulanya kosong tanpa secalit perkataan..
Letih, memang letih..
Nak tunggu last paper tu rasa terlalu lama..
"Cepat la siang! Cepat la habis exam!!" hati meronta-ronta..


So tak salah kalau nak manjakan diri, belanjakan sikit duit untuk lepaskan segala tension..
Dan masa yang ada tu jugak kita spent time dengan kengkawan.. Kan 3 in 1 tu..

10 May
Euro Fun Park
Register: RM 4
Top Gun: 4 token
Euro wheel: 4 token
1 token: RM 2
Top Gun
Ini first time sayer naik Top Gun.. Mula-mula bukan main lagi, duduk seat depan sekali pulak tu, complain  sana complain sini.. Lambat laaa boring laaa.. Ye ar, nak tunggu orang penuhkan seat tu amek masa jugak.. 4 minit kitorang tunggu sambil membebel.. Then, baru la Top Gun tu start swing.. Mula-mula slow, makin lama makin laju.. Makin kuat kitorang yang kat dalam tu jerit.. Dah la depan sekali, memang rasa macam kena humban la..
Masa tu sayer sempat jerit, "Ya Allah, aku akan mati, tapi aku xnak mati dengan cara ni!!" -.-" macam tahpape je..
Euro Wheel macam nak stabilkan jantung kitorang yang dah longgar lepas naik Top Gun.. Relak sikit, tapi lama-lama boring jugak.. Dengan si penjaga pintu tu hembus asap rokok lagi.. Tudung pun bau asap.. Erghhhh

11 May
Bagan Datoh
Kitorang bertolak dari UTP jam 9.30 pagi Sepatutnya kitorang boleh sampai dalam 3 jam je.. Tapi sesat sana sini kitorang sampai sampai sana pukul 3 petang.. So tak dapat la nak santai-santai kat rumah family angkat Nabeelaziz ni lama-lama.. Sebab masa on the way balik ke UTP kitorang sesat lagi sekali.. Puhahahahahaha
Ni sebabnya kitorang try jalan baru.. Bukan sebab kitorang buta jalan..
Oh ye, credits to Bangunan UMNO sebab pinjamkan toilet.. ^^,

12 May (Silly Mistake Saturday)
JJ Ipoh, McD Gopeng
Wayang: FOC
Secret Recipe: FOC
McD: RM 10.45
Hari ni kitorang dah tak couple, sebab Zatee pun join kitorang yang dah dua hari berdua.. Awal-awal tu boring jugak dalam JJ.. Zatee si birthday girl macam tak kuat pendirian sikit.. Mula-mula bukan main lagi nak buat tu nak buat ni, last-last satu pun tak jadi, terpaksa la kitorang yang plan..
Kitorang bertiga tengok wayang cerita Dark Shadow yang baru je release di pawagam.. Nak beli tiket pun kena remind dengan bro jual tiket tu..
"Ni untuk over 18 tau.." -.-" tak matured sangat ke sayer?? hurghhhh
Kitorang rushing jugak nak masuk room 5 tu, dengan terpijak kaki orang lagi.. Nak buat cemane, cerita tu dark sangattttt.. Lepas je habis cerita tu abang yang adoi tadi tunggu tengok kitorang, terpaksa laa sayer loweredkan badan.. Tak nak kantoi..
Sorry bang, tak sengaja..

Johnny Depp nampak muda woo..
Ohh korang perasan kenapa Wayang dengan Secret Recipe FOC??
Sebab kebetulan lepas Asar kitorang nampak Water World couple kat Secret Recipe, sayer lambai-lambai je.. Japgi dorang panggil suruh makan sekali..
Peeeerghhh kenyang yang amat lepas order banana split dengan green tea.. bruppppppppp
Pastu kitorang dapat pulak pocket money daripada Water World couple, sebab tu beli tiket wayang tu..  tehehe ^.^

Next stop is McD Medan Gopeng untuk dinner.. Di situ jugak jam loceng yang kitorang hadiahkan untuk Zatee bunyi.. Happy 23rd-birthday unni!!!

13 May
JJ Station 18
Game: RM 10
Cream puff (2 pieces): RM 9.40
Lepas je hantar Nabeelaziz ke Medan Gopeng, kitorang teruskan perjalanan ke JJ Station 18.. Bukan nak membeli pun, tapi nak main dance pad je.. Memang enjoy!!
Sebelum balik kitorang beli Beard Papa's.. Mind blown jap masa makan cream puff.. yummy~~~


Setakat ni tu je la aktiviti kitorang.. Nabeelaziz pun dah balik Sarawak, tinggal kitorang pulak yang bakal pulang ke rumah masing-masing..